Make your own free website on Tripod.com


PECAH SEMPADAN TANAH (SUB-DIVISION OF LANDS)
(SEK. 135 KTN)

1.0. Pecah Sempadan Tanah bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap atau hakmilik sementara sambungan daripada hakmilik tetap bersamaan samada hakmilik Pejabat Tanah atau hakmilik Pejabat Pendaftar dipecah sempadan kepada dua (2) atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.
2.0. Permohonan Pecah Sempadan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 9A Kanun Tanah Negara (KTN) dengan disertakan dengan;
2.1. Bayaran yang ditetapkan di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri tersebut;
2.2. Pelan pra-hitungan yang menunjukkan secara terperinci mengenai Pecah Sempadan yang dcadangkan, mengikut bilangan salinan yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah;
2.3. Surat kebenaran daripada badan-badan tertentu yang ditetapkan oleh PBN; dan
2.4. Surat kebenaran daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut.
3.0. Permohonan Pecah Sempadan hanya boleh diluluskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :-
3.1. Tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan di mana tanah itu tertakluk;
3.2. Tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang pada waktu itu berkuatkuasa;
3.3. Mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang;
3.4. Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tertentu yang ditetapkan oleh PBN;
3.5. Tiada bayaran hasil terhutang;
3.6. Persetujuan daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan ke atas tanah;
3.7. Memenuhi keperluan keluasan minima bahagian yang hendak dipecah sempadan;
3.8. Bentuk bahagian yang hendak dipecahkan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ianya dipecahkan; dan
3.9. Memberi keperluan jalan keluar masuk untuk bahagian yang dipecah sempadan itu.
4.0. Jika tiada arahan lain yang bertentangan, kuasa untuk meluluskan Pecah Sempadan ialah:-
4.1. Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar: dan
4.2. Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
5.0. Apabila permohonan diluluskan, pemilik tanah akan dikenakan bayaran:-
5.1. Upah ukur; dan
5.2. Penyediaan dan pendaftaran hakmilik-hakmilik tetap.


PECAH BAHAGIAN TANAH (PARTITION OF LANDS)
(SEK. 140 KTN)

1.0. Pecah Bahagian Tanah bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap atau hakmilik sementara sambungan daripada hakmilik tetap samada Hakmilik Pejabat Tanah atau Hakmilik Pejabat Pendaftar yang dipegang oleh dua (2) orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang daripada mereka, di bawah hakmilik yang berasingan.
2.0. Permohonan Pecah Bahagian hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 9B KTN dengan disertakan dengan;
2.1. Bayaran yang ditetapkan di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri tersebut;
2.2. Pelan pra-hitungan yang menunjukkan secara terperinci mengenai Pecah Sempadan yang dicadangkan, mengikut bilangan salinan yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah;
2.3. Surat kebenaran daripada badan-badan tertentu yang ditetapkan oleh PBN;
2.4. Surat kebenaran daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah tersebut; dan
2.5. Kebenaran bertulis tuanpunya bersama yang lain yang tidak menyertai Pecah Bahagian.
3.0. Syarat-syarat kelulusan Pecah Bahagian:-

3.1

Setiap tuanpunya bersama menyertai atau bersetuju untuk dipecah bahagian. Walaubagaimana pun tuanpunya  bersama yang menyertai syer majoriti boleh membuat permohonan pecah bahagian tanpa kebenaran tuanpunya bersama yang lain;

3.2

Keluasan bahagian tanah yang dipecah bahagikan kepada setiap tuan punya bersama adalah sehampir mungkin kepada syernya yang tidak dipecahkan atas keseluruhan tanah tersebut;
3.3. Syarat-syarat lain yang sama seperti Pecah Sempadan iaitu:-
a. Tidak bertentangan dengan sekatan kepentingan di mana tanah itu tertakluk;
b. Tidak bertentangan dengan undang-undang lain yang pada waktu itu berkuatkuasa;
c. Mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang;
d. Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tertentu yang ditetapkan oleh PBN;
e. Tiada bayaran hasil terhutang;
f. Persetujuan daripada orang/badan yang mempunyai kepentingan ke atas tanah;
g. Memenuhi keperluan keluasan minima bahagian yang hendak dipecah bahagikan;
h. Bentuk bahagian yang hendak dipecahkan itu hendaklah bersesuaian dengan tujuan ianya dipecahkan; dan
i. Memberi keperluan jalan keluar masuk untuk bahagian yang dipecah bahagi itu.
4.0. Jika tiada arahan lain yang bertentangan, kuasa untuk meluluskan Pecah Bahagian iailah:-
4.1. Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar; dan
4.2. Pentadbir Tanah bagi tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Pejabat Tanah.

Flurline.gif (1468 bytes)

back