Make your own free website on Tripod.com

pbguna1.jpg (11746 bytes)


PENGENALAN

Setiu daerah termuda kini berusaha mengejar kemajuan dan pembangunan seperti di Daearah-Daerah lain. Cabaran utama ialah sumber utama ekonomi masi lagi pertanian dan perikanan ( sektor termiskin ), kedudukan kampung di pendalaman dan berselerak. Ini menyebabkan kos pembangunan tinggi. Tahap pendidikan dan sosial masih lemah dan boleh melambatkan perubahan.

STRATEGI DAN FOKUS PEMBANGUNAN

Pembangunan yang dirancang terlaksana dengan berkesan bagi:
       *  Menyediaka kemudahan asas dan infrastruktur.
       *  Mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan Kualiti kehidupan.
       *  Memajukan aaktiviti pertanian, perikanan dan ternakan.
Strategi diatas dilaksanakan berasaskan haakikat bahawa taraf hidup penduduk yang rendah dalam semua aspek.

 

TUMPUAN PEMBANGUNAN

Penekanan kepada peluang ekonomi yang lebih luas bagi meningkatkan pendapatan penduduk selaras dengan matlamat DPN.
Tumpuan beralih kepada sektor yang lebih produktif serta berdaya pengeluaran yang tinggi.
Dalam fasa ini, sumber-sumber asli dan kekayaan alam semula jadi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.


Prospek- prospek yang dikenalpasti:

Memajukan Industri berasaskan sumber asli (Natural Resource - Based Industries)
Industri Pelancongan (Tourism Industry)
Memoden dan mempelbagaikan aktiviti pertanian
Membangun pusat-pusat pertumbuhan (Growth Centre)

 

KEGUNAAN TANAH

     Luas Keseluruhan                              135,905.80 Hektar
     Jenis Kegunaan Tanah         
              a] Pertanian                                31,459.64 Hektar
              b] Perkedaian/Perumahan                815.04 Hektar
              c] Perlombongan
              d] Hutan Simpan                         32,631.22 Hektar
              e] Perindustrian                                170.84 Hektar
              f ] Pelbagai                                    2,367.03 Hektar

      Peratus Kegunaan Tanah                            49.64 Peratus
      Jumlah Hakmilik :                                         19,912 Keterangan

 

GUNA TENAGA

Kedudukan Gunatenaga Penduduk Setiu, berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang lepas dan semasa di Daerah Setiu, maka gunatenaga di jangka pada kadar pertumbuhan 4.6 peratus setahun. Ianya melibatkan pertambahan pekerjaan daripada 15,233 pada tahun 1993 kepada 21,454 pada tahun 2000 dan seterusnya kepada 32,529 menjelang tahun 2010.

Gunatenaga di sektor pertanian dijangka akan merosot daripada 82.8 peratus pada tahun 1993 kepada 73.0 peratus pada tahun 2010. Kadar pertumbuhan gunatenaga dalam sektor ini dijangka sebanyak 3.79 peratus setahun dan ia adalah lebih rendah berbanding dengan kadar pertumbuhan dalam sektor-sektor lain. Walaupun demikian bilangan gunatenaga dalam sektor ini masih meningkat daripada 12,610 pada tahun 1993 kepada 23,740 menjelang tahun 2010.

Gunatenaga dalam sektor pembuatan dijangka akan berkembang pada kadar 7.28 peratus setahun dan ianya mewakili hampir 10 peratus daripada jumlah gunatenaga menjelangn tahun 2010. Manakala bilangan gunatenaga dalam sektor pembinaan akan turut berkembang pada kadar 7.62 peratus setahun dan ianya merangkumi 2,07 peratus daripada jumlah gunatenaga pada tahun 2010.

Sektor perkhidmatan dijangka berkembang dalam lingkungan 5.4 peratus setahun. Sumbangannya kepada gunatenaga secara keseluruhan akan meningkat kepada kira-kira 6.1 peratus pada tahun 2010. Bagi sektor kecil kewangan walaupun dijangka berkembang 20.5 peratus setahu, tetapi sumbangannya terhadap jumlah gunatenaga adalah kecil berbanding dengan sektor lain iaitu antara 0.1 dan 1.5 peratus dalam jangkamasa kajian ( Jadual A2.9).

SEKTOR

1993

1995

2000

2005

2010

KADAR
PERTUMBUHAN PURATA

Pertanian, Periknan dan perternakan

Pembuatan


Pembinan


Perdagangan Borong dan Runcit

Kewangan

Perkhidmatan Sosial,
Kerajaan dan lain-lain

12610
(82.8)

915
(6.0)

193
(1.3)

691
(4.5)

21
(0.1)

803
(5.3)

13448
(80.4)

1138
(6.8)

229
(1.4)

893
(5.3)

90
(0.5)

932
(5.6)

16708
(77.9)

1674
(7.8)

337
(1.6)

1317
(6.1)

180
(0.8)

1238
(5.8)

20084
(75.5)

2235
(8.4)

471
(1.8)

1900
(7.1)

330
(1.2)

1588
(6.0)

23740
(73.0)

3025
(9.3)

673
(2.1)

2615
(8.0)

501
(1.5)

1975
(6.1)

3.79


7.28


7.62


8.14


20.51

5.44

Jumlah

15233
(100)

16730
(100)

21454
(100)

26608
(100)

32529
(100)

4.6

 

SUMBER ASLI

      Setiu memiliki hutan simpan kekal seluas 50,000 hektar dan terdapat kira-kira 40,000 hektar tanah kerajaan. Sumber ini dijangka dapat membaantu kemajuan dan pembangunan daerah.
Kawasan pesisiran pantai yang luas dan cantik menghadap Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Alam semulajadi  yang cantik, kekayaan seni budaya dan seni kraf dapat dimanfaatkan bagi memajukan industri perlancungan.

mult15.gif (720 bytes)