Make your own free website on Tripod.com

4

Pembangunan sumber manusia digembelengkan melalui keharmonian dan keceriaan persekitaran untuk meningkatkan prestasi dan mencapai kualiti pengurusan melalui langkah dan tindakan seperti mewujudkan landskap yang indah benkonsepkan Pejabat Dalam Taman, menyediakan tempat letak kenderaan khas untuk kakitangan, mengadakan sukan dalaman dan persekitanan pejabat yang bersih. Bagi meningkatkan Kualiti Suasana Di Tempat Kerja pihak pengurusan telah mengaplikasikan konsep ‘being happy’ (keseronokan bekerja) dan aplikasi konsep ‘zero defect’, hubungan mesra antana pegawai-pegawai dan kakitangan serta latihan pengucapan awam di perhimpunan pagi.

Kepastian Kualiti Output

Program dan aktiviti yang terancang dan tersusun diusahakan bagi memberi keyakinan bahawa output yang dihasilkan akan memenuhi kualiti yang dinyatakan. Para pelanggan Jabatan sama ada dalaman atau luaran mempunyai kehendak yang pelbagai. Untuk mengenalpasti kehendak-kehendak tersebut ianya dilakukan melalui beberapa kaedah. Bagi pelanggan dalaman, pengenalpastian dilakukan melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan masa kesemasa dengan pihak pengurusan. Manakala bagi pelanggan luaran ianya dikenalpasti melalui borang aduan/soal selidik dan peti cadangan. Berdasarkan kepada ciri-ciri output yang dikenalpasti oleh pelanggan, pihak Jabatan telah mengambil inisiatif menyedia, mendokumen dan melaksanakan Sistem Kepastian Kualiti MS ISO 9002. Pelaksanaan MS ISO 9002 ini merupakan usaha pengukuhan Kualiti Output kepada Jabatan ini .

Dalam proses penghasilan output yang berkualiti, PDTS telah menerapkan obligasi bagi setiap anggota Jabatan melalui penyenaraian tugas dalam fail meja dan manual prosedur kerja masing-masing, di samping diingatkan dengan ikrar Perkhidmatan Awam dan masa kesemasa.

Audit Kualiti kaedah-kaedah penilaian digunakan untuk menilai prestasi atau ciri-ciri kualiti iaitu melalui penelitian oleh Ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Unit, maklumbalas daripada pelanggan, memberi kesedaran dan peringatan kepada pegawai dan kakitangan supaya sentiasa meningkatkan tahap produktiviti.

Kejayaan Daripada Usaha-usaha Kualiti

akpm1.gif (47027 bytes)

PDTS telab menerima pengiktirafan daripada kualiti yang telah dijalankan.

Diantara anugerah yang dimenangi ialah Anugerah Pejabat Daerah dan Tanah

Terbaik Negeri Terengganu - 1991/1992, Anugerah Kualiti Pejabat Daerah

Peringkat Kebangsaan - 1992, Anugerah Kualiti (Pengurusan Projek Peningkat

Kebangsaan - 1994), Anugerah Piagam Pelanggan Terbaik - 1994, Anugerah

Inovasi Pelupusan Tanah - 1994, Anugerah Pertandingan Landskap - 1996

dan Pemenang Pertama Anugerah Kualiti Pejabat Tanah (Pembersihan Tunggakan

Kerja) - 1997.

4