Make your own free website on Tripod.com



 

Perhimpunan Pagi kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu merupakan acara bulanan yang diadakan pada hari khamis setiap awal bulan bermula jam 8.00 hingga 8.45 pagi. Perhimpunan ringkas ini di adakan bertujuan mengeratkan perhubungan diantara Pegawai Pengurusan dan kakitangan bawahan.Ia merupakan egenda tradisi yang berjalan sejak 1989 hingga sekarang. Perhimpunan ini berlangsung di kawasan lapang di hadapan bangunan pejabat pentadbiran.

Dalam perhimpunan yang di adakan tersebut beberapa mesej, maklumat penting serta motivasi disampaikan oleh Pegawai Daerah Setiu. Pegawai-pegawai bawahan juga diberi peluang berucap secara bergilir di dalam tajuk-tajuk tertentu. Ia juga bertujuan untuk membiasakan pegawai berkenaan berucap di khalayak ramai.

Aturcara majlis

a) Nyanyian 4 buah lagu

    1. Lagu ‘Negaraku’
    2. Lagu ‘Selamat Sultan’
    3. Lagu ‘Perkhidmatan Awam’
    4. Lagu ‘Setiu Maju’

b) Ucapan Pegawai Daerah

c) Renungan/ceramah ringkas oleh pegawai atau kakitangan yang dipilih

d) Pengumuman dan penyampaian cenderamata kakitangan cemerlang bulan ini

Hadiah berbentuk hamper dan sijil. Gambar kakitangan cemerlang akan dipamirkan dihadapan kaunter pejabat selama sebulan.

e) Bacaan doa selamat.