URUSAN PENGAMBILAN BALIK TANAH |
|||
1.0. |
Akta Pengambilan Balik Tanah (Akta No. 34 Tahun 1960) diwujudkan pada 13 Oktober 1960 untuk membolehkan Kerajaan mengambil tanah milikan bagi tujuan-tujuan tertentu dengan mengandungi peruntukan-peruntukan pembayaran pampasan ke atas semua tanah-tanah yang diambil menepati perkara 18 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi :- |
||
| 1.1. | Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. | ||
| 1.2. | Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat
peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan
yang mencukupi. |
||
2.0. |
|
||
| 2.1. | Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Untuk Kementerian) atau Jabatan-jabatan Persekutuan) atau |
||
| 2.2. | Jabatan Negeri, atau | ||
| 2.3. | Orang perseorangan atau Badan Persendirian. | ||
3.0. |
|
||
3.1. |
Tanah boleh diambil balik hanya :- | ||||
| a | Untuk kemudahan awam. | ||||
| b. | Untuk mana-mana orang atau Perbadanan bagi apa-apa jua kegunaan yang ada pandangan Pihak Berkuasa Negeri memberi faedah kepada Pembangunan Ekonomi Malaysia atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam. | ||||
c. |
Untuk maksud Perlombongan, Perumahan, Pertanian, Perniagaan atau Perusahaan. | ||||
| * Bagi maksud (C) ini Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dalam suratnya KTPK/101/SPT.8-3 Jld. 2(94) menggesa Kerajaan Negeri supaya memberhentikan dahulu Pengambilan Balik Tanah untuk tujuan Pembangunan bersifat Komersial; di bawah Seksyen 3(b) atau 3(c) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. | |||||
4.0. |
|
||||
| 4.1. | Tanah milik (iaitu tanah yang ada hakmilik berdaftar baginya, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutuan. |
||||
| 4.2. | Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik. | ||||
| 4.3. | Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan di dalam daftar pegangan di bawah (Group Settlement Areas) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. | ||||
|
|||||
BORANG A (SEKSYEN 4) |
- NOTIS BAHAWA TANAH MUNGKIN PEROLEHI | ||||
| BORANG B (SEKSYEN 5) |
- KEBENARAN UNTUK MEMASUKI PENGUKURAN | ||||
| BORANG C (SEKSYEN 6) |
- JADUAL TANAH-TANAH
YANG TERLIBAT DENGAN PEMEROLEHAN |
||||
| BORANG D (SEKSYEN 7) |
- PENGISTIHARAN PEMEROLEHAN YANG DICADANGKAN | ||||
| BORANG E (SEKSYEN 10) |
- PEMEROLEHAN YANG
DICADANGKAN : NOTIS PENYIASATAN |
||||
| BORANG F (SEKSYEN 11) |
- NOTIS MENGHENDAKI KETERANGAN SECARA BERTULIS |
||||
| BORANG G (SEKSYEN 14) |
- ANUGERAH BERTULIS UNTUK PAMPASAN | ||||
| BORANG H (SEKSYEN 16) |
- NOTIS ANUGERAH DAN TAWARAN PAMPASAN | ||||
| BORANG I (SEKSYEN 19) |
- SURAT AKUAN SEGERA | ||||
| BORANG J (SEKSYEN 20) |
- NOTIS SUPAYA MENGOSONGKAN BANGUNAN | ||||
| BORANG K (SEKSYEN 22) |
- NOTIS BAHAWA PEMILIKAN
TELAH DIAMBIL KE ATAS TANAH |
||||
| BORANG L (SEKSYEN 24) |
- NOTIS UNTUK MENGHANTAR DOKUMEN/DOKUMEN-DOKUMEN |
||||
| BORANG M (SEKSYEN 36) |
- RUJUKAN KEPADA MAHKAMAH | ||||
| BORANG N (SEKSYEN 38(1) |
- PERMOHONAN BAHAWA
SUATU BANTAHAN DIRUJUK KEPADA MAHKAMAH |
||||
| BORANG O (SEKSYEN 38(5) |
- RUJUKAN KEPADA MAHKAMAH | ||||
| BORANG P (SEKSYEN 43) |
- NOTIS | ||||
| BORANG Q (SEKSYEN 58) |
- NOTIS PENDUDUKAN
SEMENTARA ATAU KEGUNAAN TANAH |
||||
PROSES PENGAMBILAN BALIK TANAH |
|||||
| 1.0. |
|
||||
- Apabila menerima surat daripada mana-mana agensi - langkah pertama yang perlu dibuat ialah membuka fail, mendaftar dan mengedar fail. |
|||||
| Kulit fail ditulis mengikut tajuknya dan mengikut tujuan permohonan. | |||||
| - Surat-surat dan pelan hendaklah
dimasukkan ke dalam fail berkenaa. Setelah itu fail tersebut hendaklah diedarkan kepada Penolong Pentadbir Tanah I(PPT I)/Pegawai berkenaan bagi mendapatkan arahan dan tindakan selanjutnya. |
|||||
| - PPT - Pada kebiasaan
PPT akan mengarah kepada Pegawai Petempatan Kanan (PPK) bagi mendapat pengesahan mengenai kedudukan tanah tersebut. |
|||||
| - Setelah siasatan ke atas tanah tersebut selesai, penyediaan draf Borang 'C' dan Borang 'D'. | |||||
| - Jika terdapat banyak lot-lot yang
terlibat berpandu kepada laporan S.O. Satu jadual perlu disediakan. |
|||||
| - Perkara yang perlu dicatat dalam Borang 'C' dan 'D'. | |||||
| i. No. Lot ii. No. Keterangan iii. Nama Tuan Tanah iv. Luas Keseluruhan v. Luas Yang Hendak Diambil |
|||||
| - Borang `C' dan 'D' hendaklah disediakan dalam 10 salinan. | |||||
| - Setelah selesai penyediaan Borang
'C, 'D', pelan dan laporan S.O. satu kertas pengesyoran disediakan oleh PPT/Kerani ABT. |
|||||
| - Persetujuan dan ditandatangan oleh
Pentadbir Tanah (PT). Perkara-perkara yang perlu dihantar kepada PTG untuk mendapat pertimbangan EXCO ialah 20 keping pelan, lapan (8) salinan Borang 'C' dan lapan (8) salinan Borang 'D'. |
|||||
| 2.0. |
|
||||
| Warta | |||||
| - Satu salinan Warta hendaklah
kepada Jabatan Penilaian bagi menentukan nilaian tanah sebenar. |
|||||
| 3.0. |
|
||||
| - Setelah PPT memeriksa laporan
nilaian daripada Pejabat Penilai, satu tarikh siasatan akan ditetapkan dalam Borang 'E'. |
|||||
| - Borang 'E' hendaklah diedarkan
kepada PTG, Tuan-tuan, Balairaya, Balai Penghulu, Papan Notis Pejabat dan Mana-mana Agensi yang terlibat. |
|||||
| - Tarikh siasatan dijalankan tidak kurang 21 hari daripada tarikh Borang 'E' dikeluarkan. | |||||
| 4.0. |
|
||||
| - Setelah selesai siasatan Borang
'E', penyediaan Borang 'G' dan hendaklah dihantar kepada PTG atau lain-lain jabatan seperti JKR, JPS dan JBA untuk memaklumkan kos sebenar bayaran pampasan diperlukan. |
|||||
| - Setelah mendapat waran daripada
PTG, penyediaan baucer untuk dibuat bayaran dengan segera. |
|||||
| 5.0. |
|
||||
| - Setelah selesai bayaran, Borang 'K' hendaklah diedarkan untuk didaftar. | |||||
| - Dua (2) salinan Borang 'K'
dihantar ke Bahagian Pendaftaran dan Hasil untuk dibuat catatan dalam Buku Perserahan dan Rekod Daftar Tanah (RDT). |
|||||
| 6.0. |
|
||||
| - Tanah-tanah yang telah selesai
diambil balik yang masih ada baki diedar untuk dibuat P.U. oleh Pegawai Petempatan (PP). |
|||||